Isu MH370 - Jasmine Johari tipu seluruh rakyat Malaysia! Reka Tweet, Whatsapp palsu!

Bodoh tidak boleh diajar… itulah yang berlaku kepada seorang remaja di dalam twitter yang mempermainkan insiden MH370 untuk publisiti murahan.

Sebelum ini, tweet dan whatsapp sedih yang ditulis Jasmine Johari pasti membuatkan anda sebak dan pasti ramai yang mengalirkan air mata. Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah printscreen whatsapp dan tweet tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata!


Dia bukan sahaja menipu Neelofa, Aaron Aziz, Aznil Nawawi, malah seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Beliau juga turut mempermainkan nama Allah!
Pemilik akaun tersebut menggunakan nama dan gambar palsu!

Kini, akaun Jasmine Johari telah ditutup oleh Twitter. Tidak cukup sampai disitu, remaja itu membuka pula akaun @jasminjohari1 yang kononnya bertujuan untuk meminta maaf.


Budak hingusan ini patut dimasukkan ke dalam lokap seminggu. Biar dia sedar akan kebodohan yang telah dilakukannya. - TengokTVOnline

0 Response to "Isu MH370 - Jasmine Johari tipu seluruh rakyat Malaysia! Reka Tweet, Whatsapp palsu!"

Post a Comment