Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin jelas kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritiknya seolah-olah tidak pernah kenal dengannya.
Menurut pengamal perubatan tradisional itu, Anwar pernah memintanya agar menjaga Wan Azizah Ismail sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.
“Masa itu saya pernah jumpa di pejabat beliau (Anwar), beliau pernah berkata kepada saya. Datuk kalau terjadi apa-apa dalam penentangan saya ini… Datuk tolong jaga Isteri saya. Saya kata Insyallah.
“Sebab pada masa itu, parti Keadilan menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh. Jadi pada masa itu, Wan Azizah selalu kena buli dekat Parlimen. Jadi Pak Sheikh suruh saya jaga isteri dia. Datuk tolong tengok-tengok (kata Anwar).
“Jadi saya jagalah isteri dia kalau orang nak buat tak tentu (khianat). Macam mana dia boleh kata tak kenal?” jelas Raja Bomoh itu ketika ditemui baru-baru ini.
Anwar Ibrahim sebelum ini menghentam hebat Raja Bomoh itu dan menggelarnya sebagai Bomoh 1Malaysia.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap Ibrahim kerana melakukan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagi membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.
“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?” ujar beliau ketika membahaskan titah ucapan Diraja ketika Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini. - SuaraTV
0 Response to "[Video] Anwar Pernah Minta Raja Bomoh Jaga Wan Azizah"
Post a Comment